Sedih !! Bila Anak Ajukan Soalan, "Mummy , what about daddy ? "



Suasana sedih dan pilu mengiringi majlis pengkebumian Allahyarham Mejar Yazmi Mohamad Yusof selepas solat jumaat semalam.

Kesedihan itu di tambah pula bila anak arwah mengajukan soalan kepada ibunya, " mummy, what about papa? ".

Balu allahyarham, Noor Shafora Izwa Mohammed Hilmi kemudiaannya memeluk erat anaknya sambil membendung kesedihannya di saksikan oleh orang yang datang menziarah.

Namun tepancar juga kekuatan pada ibu ini bila di masih mampu bersalaman dengan hadirin.

Allahyarham Yazmi telah terkorban dalam. nahas pesawat milik TUDM jenis Hawk 108 yang terhempas di kawasan berpaya di Chukai Terengganu pada hari Khamis lalu.

Dalam nahas itu, seorang lagi anggota TUDM , Mejar Mohd Hasri Zahari , 31 turut terkorban.

Satu majlis tahlil ringkas di adakan selepas pengkebumian selesai. Pihak TUDM akan mempertimbangkan kenaikan pangkat buat kedua dua arwah sebagai tanda menghargi jasa kedua mereka.



No comments