Populariti Aaron Aziz Sebagai Hero Romantik Di Cantas Fattah Amin.



Bagi yang memang mengikuti dunia hiburan tanahair, pasti sedar akan keadaan ini dimana hilangnya watak hero romantik lakonan Aaron Aziz.

Beberapa tahun dahulu, lakonan Aaron Aziz mencairkan ramai peminat wanita di. luar sana.

Antara hasil terbaik dari bakatnya ialah drama Ombak Rindu dan Nora Elena.Ramai yang tertunggu-tunggu lakonannya dalam drama Ombak Rindu misalnya.

Namun kini, kelibat Fattah Amin dilihat sebagai mendominasi watak hero romantik. Ianya mencetus fenomena selepas kejayaan drama Suri Hati Mr Pilot yang di jayakan oleh gandingan Fattah dan Neelofa.



Aaron Aziz yang di temui , sedar akan perkara itu.Baginya, itu adalah rezeki Fattah Amin. Tiada istilah iri hati dan cemburu dari pihaknya.



Sebagai senior, sikap Aaron Aziz yang positif ini sangat elok diikuti. Rezeki itu luas dan siapa yang berusaha pasti ada untuknya.

No comments