Ning Baizura 'Terkedu' Bila Anaknya Tanya Tentang Dimana Tuhan?



Kehebatan suara Ning Baizura sebagai seorang penyanyi memang tidak di sangkal.Tiada lagi penyanyi lain yang mempunyai suara sepertinya yang popular dalam tahun 90an.

Melihatkan kerjaya seni serta bakatnya, ramai pasti beranggapan yang anaknya pasti mengikut jejak langkahnya di dalam bidang seni.

Namun, berbicara soal anak, Ning mahukan anaknya di berikan ilmu dalam. bidang agama secukupnya sebagai bekalan mereka.

Sejujurnya dia sedar akan kekurangan yang ada pada dirinya dan mahu anaknya menjadi lebih baik.

Sebagai langkah awal, Ning menjemput seorang ustaz ke rumahnya setiap hujung minggu bagi mengajar anaknya dan beri pendedahan dalam ilmu agama.

Nitizen yang mengikuti Ning di laman IGnya kebanyakkan melontarkan tahniah kepada Ning kerana anaknya sudah mampu membaca surah-surah dan Alfatihah.

Berkongsi pengalamannya, Ning pernah di tanya oleh anaknya, Ryan, "Mommy, Where Is God? " Ning akui terkedu dengan soalan anaknya itu.

Dia tunjukkan isyarat di atas dan Ryan bertanya lagi " Atas Atap Ke? ".

Ning membalas lagi, " No , he is bigger than universe". Ning berharap anaknya berpuashati dengan jawapannya.



No comments