Aizat Amdan Ke Pusat Rawatan Mental.



Lama juga tidak mendengar cerita terbaru tentang penyanyi Aizat Amdan, namun baru-baru dengarnya beliau menjengah ke wad pesakit mental.

Menurut ceritanya, Aizat telah berkunjung untuk membuat video loq YouTube miliknya ke Pusat Perubatan Malaysia (PPUKM) pada selasa lalu.

"Selepas dua tahun, saya ambil keputusan untuk kembali aktif dengan Vlog yang menceritakan tentang kehidupan peribadi,  kerjaya seni dan aktiviti saya untuk dikongsi bersama peminat dan lawatan ke wad psikatrik adalah sebahagian daripada pengisian slot tersebut," katanya lagi.

Beliau ditemui di satu majlis pelancaran muzik video dan Vlog di Pejabat Urusan Warner Music Malaysia, Damansara pada Khamis lalu.

Bercerita tentang Vlognya, Aizat memberitahu idea untuk menghasilkan Vloq itu datang setelah melihat ramai masyarakat hari ini, termasuk orang-orang yang terdekat dengannya mengalami tekanan perasaan.


"Saya melihat masalah ini tidak harus dipandang remeh kerana ia berkait rapat dengan kejiwaan dan paling membimbangkan ada di kalangan rakan-rakan saya sendiri mengalami depression ini.

"Atas dasar itu, saya cuba selami hati mereka yang berada di sana menerusi Vlog dan anda boleh menonton episod tersebut di saluran YouTube @officialAizatAmdan," katanya.

Untuk video muzik Jangan Menangis, Aizat mengakui kerya akustik itu mempunyai nilai sentimental sendiri. Karya tersebut arahan daripada Al Fahim Mokhtar dan hasil kolaberasinya dengan pihak Warner Music Malaysia.

Satu pencapaian yang agak bila video muzik itu telah mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan sejak dimuatnaik April lalu.
Mengenai program AF Megastar yang ramai di sertai oleh bekas-bekas peserta AF, Aizat memilih Bob sebagai peserta kegemarannya. Aizat tepaksa menolak untuk menyertai AF Megastar kerana terlibat dengan banyak perancangan bersama pihak Warner Music Malaysia.


"Saya terpaksa menolak  menyertai AF Megastar kerana tidak cukup masa untuk memberi komitmen pada program tersebut di mana saya dan pihak Warner Music Malaysia sudah mempunyai pelbagai perancangan selepas ini. 

"Untuk tidak memberi masalah kepada mana-mana pihak termasuk diri saya sendiri,  saya harus buat keputusan terbaik," katanya yang memilih penyanyi Bob sebagai peserta kegemarannya dalam AF Megastar.

"Bob mempunyai vokal yang sangat bagus dan untuk kekalkan momentumnya di dalam industri seni,  dia perlukan sebuah lagu yang kuat. 

Aizat turut memberitahu dia bersedia untuk menghasilkan lagu untuk Bob jika ada permintaan dari pihak Bob. m

No comments