TPM Dedahkan Maklumat Tun M. Tidak Salah. - Datuk Nur Jazlan



Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan mendedahkan tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan maklumat kad pengenalan milik Tun Dr.  Mahathir Mohamad tidak salah mengikut undang-undang negara.

Beliau menyatakan maklumat yang ada pada kat pengenalan adalah maklumat awam dan tidak di anggap rahsia.

Beliau menambah lagi, mana-mana pihak boleh memeriksa maklumat yang di dedahkan oleh Zahid Hamidi itu samada benar atau tidak dengan memeriksa sendiri rekod nama semasa pendaftaran pengajian Tun M dahulu.

“Perkara ini pihak polis akan siasat untuk buktikan kebenarannya dan sekali lagi saya katakan, maklumat di atas kad pengenalan bukan maklumat sulit dan tidak menyalahi undang-undang untuk berkongsi dengan orang awam.

“Apa yang dikatakan Ahmad Zahid itu adalah benar cuma ada pihak yang mengambil peluang untuk mempolitikkan perkara ini kerana takut sokongan terhadap Dr. Mahathir akan kurang kerana kebenaran tersebut,” katanya.

Kenyataan itu di buat oleh beliau kepada pemberita berikutan tindakan pihak pembangkang yang cuba memperbesarkan hal tersebut, selepas mengadakan lawatan ke Pusat Mengesan Maklumat Pelarian (TRIS) hari ini.

Isu ini bermula apabila Timbalan Presiden UMNO itu mendedahkan keturunan Mahathir ketika perasmian Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Kelana Jaya pada Ahad lalu.

“Mahathir lupa mengenai fakta ini – dia adalah anak Iskandar Kutty,” kata beliau ketika merujuk kepada latar belakang bapa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tersebut yang memang berketurunan India.

“Kad pengenalan birunya, nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Ini diperoleh daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara sendiri. Patutlah dia mudah lupa, sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty,” katanya.

Jika masih ingat, Tun Mahathir dahulu sering memainkan ungkapan 'Melayu Mudah Lupa' semasa era pemerintahannya sebagai Presiden UMNO selama 22 tahun.Malahan semasa pemerintahannya juga pihak pembangkang sering menyerang asal usul keturunannya yang turut di jadikan bahan jenaka.

Untuk rekod, semasa pemerintahan Mahathir, Zahid Hamidi juga pernah di penjarakan atas Akta Keselamatan Dalam Negeri.













2 comments:

  1. puak batak mmg suka main keturunan, makin di dedah makin terloya dgn BN/umngok

    ReplyDelete