Respon Di Tunggu Nitizen Dari PM Najib Bila Capai Emas 111.



Penganjuran Sukan SEA kali ini di Kuala Lumpur telah mencipta sejarah buat atlit-atlit tanahair apabila telah mencapai sasaran 111 emas pada Isnin lalu.




Emas ke 111 itu telah di rangkul oleh juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhamad Shah Firdaus Sahrom, dalam final acara pecut di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan.



Seperti yang di gembar-gemburkan nitizen, ramai yang menantikan pengumuman cuti AM oleh Perdana Menteri , Najib Razak setelah mencapai target emas tersebut.

Berikut antara respon Najib Razak bila di tanyakan soalan itu.

“Ada dua kegemaran rakyat Malaysia… satu makan, dan satu lagi cuti AM.

“Tunggu dululah sebab Sukan SEA belum habis lagi. Kita tunggu dulu,” kata Najib seperti dilaporkan Astro Awani.

No comments