Hafiz Hamidun Turut Bersalah - Imam Besar Putrajaya.
Perkahwinan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa mengundang kontroversi hari demi hari. Sehinggakan Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya turut tampil memberikan ulasan berkenaan faraq dan pembubaran nikah.
Menurut Ustaz Hazaruddin selaku Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, apa yang di lakukan Hafiz Hamidun , mengambil tindakan setelah perkahwinan telah separuh jalan adalah tidak wajar.
Seharusnya, apabila telah ada rasa ragu dengan perkahwinan tersebut , Hafiz tidak patut menunggu sehingga 3 bulan baru hendak mengambil tindakan.
"Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan melalui talak atau selain daripadanya, namun dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, faraq merujuk kepada pembubaran bukan melalui talak.
"Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan tidak sah, apa yang dimaksudkan tidak sah ialah hilang salah satu syarat sah nikah.
"Dalam kes Hafiz Hamidun, dia seharusnya mengambil tindakan itu sejurus selepas timbul rasa was-was terhadap perkahwinan bukan sudah separuh jalan sehingga timbul pertikaian baru nak bertindak," ujarnya.
Beliau terpanggil untuk mengulas berikutan kontroversi yang melanda Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang dikatakan tidak sah. Ini kerana Joy gagal menunjukkan bukti beliau telah bercerai dengan suami sebelumnya.
Tambah Ustaz Hazarudin, kerana mereka pasangan selebriti, di bimbangi akan menjadi ikutan orang lain yang mana memandang remeh terhadap hal-hal perkahwinan.
Post a Comment