Hafiz Hamidun Failkan Penceraian Hari ini.Puncanya Terbongkar !
Baru minggu lepas dimana kedua pasangan ini, Hafiz Hamidun dan Joy Refva mengakui hubungan mereka berdua sebagai suami isteri telah pulih.
Ini dapat di lihat apabila mereka saling bersahutan di laman Ig masing-masing.
Namun pagi ini nitizen di kejutkan dengan berita di mana Hafiz Hamidun failkan penceraian terhadap isterinya , Joy Refva.
Semuanya dijelaskan melalui sidang media yang di buat pagi tadi.
Antara intipati dalam sidang media tersebut :
1) Hafiz Hamidun telah memfailkan pembatalan perkahwinan mereka
2) Dakwaan kakak Joy bahawa mereka duduk sebumbung hanya enam hari ialah benar, pada 23 Mei selepas berbulan madu dan menjalani penggambaran untuk rancangan Romantika di Taipei, Hafiz Hamidun datang ke rumah mereka dan mengatakan perkahwinan mereka adalah tidak sah.
3) Hafiz didakwa berkata begitu kerana urusan perceraian Joy bersama bekas suaminya masih belum selesai, bagaimanapun Joy mendakwa semua telah diselesaikan kerana permintaan Hafiz yang mahukan perkahwinan mereka berlangsung segera.
Rupa-rupanya ada isu dalam rumahtangga mereka akhirnya terdedah.
Hafiz bertindak demikian kerana menyangka perkahwinan dia dan Joy tidak sah kerana urusan Joy bersama bekas suaminya belum di selesaikan. Namun Joy mendakwa urusan telah selesai kerana Hafiz mahukan perkahwinan mereka berlansung secepat mungkin.
Dan hari ini Joy hadir ke mahkamah bagi pengesahan perkahwinannya dengan Hafiz kerana ingin menuntut hak sebagai seorang isteri dan wanita.
Beliau kelihatannya masih mahu mencuba menyelamatkan perkahwinannya dengan Hafiz yang baru berusia tiga bulan.
sumber–beautifulnara.com
Post a Comment