Bapa Zalim Liwat Rogol Anak Kandung 632 Kali !



Zalim !  Bapa yang tak berperikemanusiaan. Sepatutnya anak kandung di jaga tetapi dia yang merosakkan masa depan anaknya.

Di Shah Alam, seorang bapa akan di dakwa di Mahkamah Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas dakwaan liwat dan rogol sekurang-kurangnya 600 kali terhadap anak perempuannya sendiri!

Lelaki yang berusia 37 tahun itu, di syaki. melakukan aktiviti sumbang mahram. yang terkutuk itu sejak 2 tahun lalu. Mangsa yang kini berumur 15 tahun tinggal bersama suspek setelah berlaku perceraian diantara suspek dan bekas isterinya.

Polis telah mengenakan tahanan reman kepada suspek tersebut sejak 26 Julai lalu.

Suspek kini berada dalam tahanan reman selepas ditahan polis sejak 26 Julai lalu.

Kegiatan tak bermoral suspek terbongkar setelah mangsa mendedahkan perbuatan suspek kepada ibu kandungnya, selepas mengetahui hasrat suspek mahu mengambil 2 lagi adiknya untuk tinggal bersama.

Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, suspek akan berhadapan 632 tuduhan,di sabitkan mengikut akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Akta Kanak-Kanak 2016.

“Suspek akan didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak esok membabitkan 599 kesalahan meliwat serta satu dakwaan merogol.

“Dia juga berdepan 30 pertuduhan mengikut Seksyen 14/6Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a)dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016,” katanya di sini.

Bagi tuduhan meliwat, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 377C, tertuduh boleh dipenjara di antara lima hingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Berdasarkan 599 pertuduhan liwat yang dihadapinya, lelaki itu boleh berdepan hukuman penjara berjumlah hampir 3,000 tahun.

Bagi kesalahan rogol anak kandung atau sumbang mahram mengikut Seksyen 376B boleh dihukum penjara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan.

1 comment:

  1. Gejala sumbang mahram ini amat meluas di negara iceland akibat keadaan unik di pulau itu: https://thevexingworld.blogspot.com/2017/08/hubungan-seks-sedarah-di-iceland.html

    ReplyDelete