Allahuakbar ! Norman Hakim Jumpa Sesuatu Yang Mengejutkannya Dalam Quran Anaknya.



Norman Hakim , semasa perkahwinannya dengan Abby Abadi telah dikurniakan 3 orang cahayamata yang mana anak sulung lelakinya bernama Danish berjaya menghafaz 30 juzuk Al Quran lebih awal dari yang di jamgkakan.

Perkongsian Norman Hakim di IG nya tentang sesuatu yang ditemuinya dari celah helaian Al Quran anaknya sangat menyentuh hati.


normanhakim_786Semalam masa belek2 Al-Quran abang @danishhakim_243 sebelum hantar dia balik asrama utk check mana2 bahagian ada yg koyak ke utk direpair,jumpa nota ni dlm salah satu muka surat kosong Al-Quran dia.Hati mcm dah teragak utk tujuan apa nama2 ni,tapi just tanya dia balik takut salah pemahaman
.
. "Abg..senarai nama2 ni semua utk apa eh?" Dia jawab "Kalaulah abg ada rezeki masuk syurga,abg buat nota ni utk nak mintak pada Allah utk kita semua sama2 masuk pa..."
.
.
Senarai nama ni dia cakap dia tulis 3 tahun lepas sebelum mama kahwin dgn Abah @jaiezzany .Bila Abah kahwin dgn Mama,baru dimasukkan nama Abah,arwah Tok Abah & Tok Mah.Yg ada jarak ruang kosong antara nama Abah dgn arwah Tok Abah & Tok Mah tu dia cakap dia sparekan utk Atuk & Nenek Tenggaroh (Abah & Mak mummy) tapi dia tak tau ejaan nama penuh yg betul so dia k.i.v dulu
.
.

Ma shaa Allah terima kasih abg @danishhakim_243 ingat pada kami semua.Semoga Allah s.w.t berkati niat abg tu..Aamiin YRA



Nitizen turut tersentuh dengan perkongsian itu dan ucapkan tahniah kepada Norman kerana berjaya mendidik anak-anak dengan cemerlang.


No comments