Akhirnya ! Identiti Lelaki Yang Mencuci Masjid, Naik Ferari Terbongkar !



Viral sebelum ini tentang seorang pemuda yang di dakwa Norman KRU membuat kerja amal mencuci kawasan masjid.Yang menambahkan kehangatan cerita tersebut bila foto kereta Ferari Norman turut di sertakan.

Walaubagaimanapun, cerita sebenarnya terbongkar apabila pemuda di dalam foto itu tampil menjelaskan perkara sebenar.

Lelaki dalam foto itu adalah Sofian Bujang, seorang penyampai radio Era Sarawak.



Bagaimanapun, Sofian berkata, cerita yang dimuat naik di laman Facebook Ally Ramly itu bukan cerita benar, sebaliknya hanya sekadar rekaan dengan menggunakan foto miliknya.

"Saya terkejut apabila sahabat-sahabat saya memberitahu gambar saya viral di media sosial dan cerita yang ditulis itu adalah rekaan semata-mata. Saya tidak tahu apa niat sebenar mereka. Mungkin untuk mengejar trafik blog sahaja.

"Walaupun cerita itu berniat baik iaitu menggalakkan orang ramai membuat kebajikan tapi janganlah curi gambar saya dan kereta Ferrari kepunyaan Norman (KRU). Jika mahu ambil sekalipun letak kapsyen sebagai gambar hiasan," ujarnya kepada mStar Online.
Sofian atau lebih dikenali dengan nama Chopie itu berkata, perkara tersebut boleh menimbulkan salah faham.

Sofian berkata foto yang di ambil adalah ketika dia menyertai program Kembara Sahabar Borneo, sebelum ini.

Katanya, program yang dianjurkan oleh rakan-rakannya itu bertujuan menggalakkan orang ramai untuk mencuci tandas secara sukarela di surau dan masjid-masjid pada setiap hari Jumaat.

"Kawan saya ada anjurkan aktiviti amal membersihkan tandas masjid, jadi ketika itu saya ikut serta membersihkan masjid di kawasan rumah saya.

"Tidak sangka pula foto saya itu dimuat naik dan disalah guna oleh orang lain," ujarnya.

Sofian bersiaran di Era FM Sarawak setiap hari Isnin hingga Jumaat dari 8 hingga 12 malam.


No comments