Terbaik Rakyat Malaysia Membantu Setelah Viral Kisah Kakak Nasi Lemak RM 1 Ini.



Berbangga menjadi rakyat Malaysia yang sangat mudah membantu sekiranya ada yang memerlukan bantuan, namun bantuan media sosial untuk menviralkan diperlukan.

Kisah akak yang menjual nasi lemak Rm1 bersama tiga orang anaknya mendapat perhatian nitizen. Beliau yang berniaga berdekatan sebuah stesen minyak Petronas di tepi MRR2, Ampang bersyukur kerana kisahnya mendapat perhatian nitizen



Beliau membuka kisahnya dimana dahulu beliau mempunyai pelbagai jenis perniagaan , secara online dan berniaga di Bazar Larut Malam.

Perniagaan Emas secara online yang di jalankan dulu telah gagal kerana emasnya telah di curi sewaktu rumah di pecah masuk. Ekoran itu dia terpaksa menjaja nasi lemak demi menjelaskan hutang modal niaga emasnya yang dahulu.

"Saya dulu buat bermacam-macam bisnes. Saya jual barang kemas secara online, buat dropship dan berniaga di bazar larut malam, Rampai Bazaria tapi satu persatu bisnes saya mula jatuh.
"Paling terkesan apabila barang kemas jualan saya dicuri ketika rumah dipecah masuk. Belumpun sempat nak rolling duit, segalanya musnah. Bisnes saya muflis," katanya.

Menurut ibu kepada lima anak itu, dia kini terpaksa menanggung kerugian dan bebanan hutang lebih RM30,000.

"Amat sukar nak naik balik selepas jatuh. Tapi saya terpaksa bangkit demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak dan juga keluarga," katanya.

Ditanya kenapa membawa anaknya sekali berniaga, beliau jelaskan tiada siapa yang boleh menjaga anaknya. Lagi pula yang kecil masih menyusu.



Bersyukur setelah kisahnya viral, pelanggan kini beratur untuk mendapatkan nasi lemaknya. Walaupun terdapat banyak permintaan,beliau hanya mampu menyediakan sekitar 200 hingga ke 300 bungkus sahaja, ikut kemampuannya.

Malahan, pemilik stesen minyak Petronas berhampiran juga mengambil tindakan menjual nasi lemak wanita terbabit di dalam premisnya sebagai salah satu bantuan kepadanya. Ini kerana lokasi wanita itu menjaja berbahaya kepada anak kecilnya.




No comments