Suami Ambil Perhatian ! Jangan Sampai Isteri Cari Jalan Puaskan Diri Sendiri.



Persoalan.

"Saya seorang isteri kedua dan sedang mengandungkan anak pertama. Selalunya, suami akan memberi nafkah batin bila pulang ke rumah. Yang jadi masalahnya ialah saya berasa tidak puashati bila suami terlalu cepat, hanya puaskan dirinya. Saya tidak berkata apa, dan anggap ianya perkara biasa.
Suami pula selalu merungut tentang isteri pertamanya yang selalu merungut ketika bersama. Suami tidak dapat berbuat apa-apa tentang hal itu kerana nafsunya memuncak setiap kali bersama. Untuk puaskan hati, saya melakukan onani. Adakah berdosa perbuatan saya kerana tidak memberitahu suami kerana takut di. marahinya.

Suzana, Perlis.

Manusia memang di jadikan Allah mempunyai nafsu dan kehendak diri. Itulah sebabnya di dalam Islam di ajar agar ianya di kawal sebaiknya.
Begitu juga halnya dengan isteri yang bermadu, perlu berbahagi giliran dan kadang-kadang berlaku ketidakpuasan nafsu ketika bersama, tetapi memuncak ketika berseorangan.
Perlu diingat, melakukan ONANI untuk memuaskan nafsu sendiri tidak di anjurkan dalam islam. Nafsu seks perlu dikawal bukan dituruti sahaja. Banyak cara yang boleh di cuba, seperti berzikir, selawat dan aktiviti yang mampu mengekang nafsu tersebut.
Begitu juga dengan berdoa supaya dapat menyelamatkan diri dari melakukan zina.Ini mengendurkan dorongan seks.Seharusnya diingat, melakukan cara lain untuk memuaskan nafsu bukan memperbaiki malahan akan membuatkan nafsu menjadi lebih kuat dan bergelora.


No comments