Pelajar IPT DI Tahan , Konon Jumpa Mayat Bayi Walhal Bayi Sendiri.



Berpura-pura menjumpai bayi yang didakwa di tinggalkan di dalam longkang, seorang pelajar IPT di Pahang di cekup kerana cuba memperdayakan pihak polis.

Dalam kejadian itu, wanita yang berumur lingkungan 20 -an itu di tahan ketika datang ke Pondok Polis Bukit Goh membawa mayat bayi yang masih bertali pusat.

Mayat bayi tersebut dibalut dengan kertas surat khabar dan di masukkan ke dalam. plastik bewarna biru.

Komisioner Abdul Aziz Salleh, Ketua Polis Daerah Kuantan, pelajar wanita terbabit pada mulanya mendakwa menemui mayat bayi itu di dalam longkang. Atas nasihat orang ramai dakwanya, dia membawa bayi itu ke balai polis.

Berikutan pengakuan wanita terbabit, polis menyerbu ke rumah kediaman kekasihnya, seorang penjawat awam. Lelaki berusia 27 tahin itu di tahan untuk siasatan.

Hasil siasatan awal, bayi tersebut di dapati mati akaibat kelahiran pramatang.

Kedua-dua suspek ditahan reman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan. Mereka di dakwa atas siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas sebab menyembunyikan kelahiran.

Jika sabit kesalahan boleh di. kenakan penjara selama 2 tahun s

Ekoran pengakuan pelajar terbabit, polis telah menyerbu kediaman lelaki berusia 27 tahun itu yang merupakan kakitangan sebuah jabatan kerajaan negeri dan ditahan untuk membantu siasatan.
Siasatan awal polis mendapati, bayi lelaki itu meninggal dunia akibat kelahiran pramatang.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

No comments