Panas ! Pusat Teater Penang Di Kecam Tayang Filem Gay Besok.



Panas ! Sebuah pusat teater, Performing Arts Centre Of Penang (Penangpac) cuba menayangkan sebuah filem bertemakan GAY malam esok. Hal itu telah mencetuskan kemarahan nitizen dan meluahkan rasa tidak berpuas hati di laman sosial.

Menurut laporan, Penangpac akan membuat tayangan filem bertajuk Lost In Paradise selama dua jam di Straights Quay Tanjung Tokong, bermula malam esok jam 8 malam.

Filem itu mengisahkan percintaan tiga segi antara tiga lelaki dan berdasarkan sendiket perlacuran kaum sejenis di Ho Chi Minh.

Filem itu pernah menjadi filem pembukaan di Festival Lesbian dan Gaydi Hong Kong pada 2010.

“Sebuah portal berita komuniti gay antarabangsa pernah mendedahkan filem ini banyak memuatkan babak lelaki kacak bertubuh sasa yang mendedahkan tubuh dalam posisi mengghairahkan untuk membangkitkan nafsu para penonton,” ujar laporan tersebut.

Sementara itu, Muhsin Lateef, seorang aktivis politik, dia sama sekali tidak menyangka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, seakan menyokong gerakan LGBT. 

Muhsin turut memuatnaik keratan akhbar yang memaparkan laporan Penangpac menerima sumbangan sebanyak RM100,000 dari kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang merancang untuk mengadakan bantahan aman di sana. 

Komen seorang pembaca pula, beliau bimbang dengan masa depan generasi akan datang dan meminta rakyat menolak kepimpinan DAP yang meluluskan tayangan tersebut. 

“Selamatkan masa depan anak-anak kita, agama Islam dan kedaulatan Malaysia dengan #tolakDAP,” tulisnya.

Tinjauan di laman web Penangpac pula mendapati, Penangpac telah menukar tontonan tersebut kepada filem bertajuk West Side Story. 



No comments