Kerajaan Haram Putarkan Despacito.

Kerajaan Haram Putarkan Despacito.



Atas aduan ramai,menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia ,Datuk Seri Salleh Keruak,berkata,badan penilai Radio Televisyen Malaysia (RTM) memutuskan untuk menarik balik kelulusan siaran lagu berbahasa Sepanyol,Despacito.

Arahan itu berkuatkuasa serta merta.



Sehubungan dengan itu,RTM akan menghentikan siaran lagu tersebut di semua stesen tv dan radio miliknya.Namun lagu tersebut masih boleh di dapati dari saluran lain,contohnya medium You Tube.

Pengharaman lagu itu berkuatkuasa kerana ianya di dapati boleh mempengaruhi generasi muda.

" oleh yang demikian,kemeterian meminta stesen radio lain supaya lebih sensitif terhadap norma tempatan dan menapis sendiri kandungan lagu sebelum di siarkan."

Sebelum ini wanita Amanah telah mendesak kerajaan mengharamkan lagu tersebut.

Lagu itu telah di tonton lebih 2 billion kali di You Tube.




No comments