Ika Nabella Di 'serang' Wanita Lain.




Entah apa silapnya, seorang wanita dengan garangnya telah cuba menyerang Ika Nabella dengan kata-kata kesat dilaman Instagram miliknya.



Ika terlebih dahulu berkongsi status berkenaan di laman Ignya sebelum wanita tersebut berbuat demikian.

Punca kejadian dikatakan berlaku apabila Ika Nabella di tuduh melanggar seorang wanita, yang mana wanita tersebut naik angin memakinya di khalayak ramai.

Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).




Bagi mengelakkan berlaku terus. kekecohan, Ika meneruskan perjalanannya hingga kedua mereka terserempak buat kali kedua di kaunter pemeriksaan Imigresen.

Tak di sangka wanita itu menjerit kepadanya sambil meluru menunjukkan isyarat lucah.



Perkara itu rupanya tidak selesai di situ. Wanita terbabit mencarinya di IG dan. melemparkan kata-kata kesat kepada Ika. Malahan mengugut untuk. menghebahkan perkara itu buat tatapan. umum.





Ini antara posting yang ditulis individu yang dipercaya menyerang Ika Nabella di KLIA 2. Ia dikongsi oleh aktres itu di Instagramnya.


"Dia juga mahu menyebarkan perkara itu kepada umum, namun sebelum dia sebarkan biar saya sebarkan dahulu kerana saya yakin dia yang mahu popular," ujarnya.


No comments