Dagng Babi Bercampur Daging Kambing - Beratnya Dugaan Umat Islam Di Malaysia.



Gempar ! Baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah berjaya mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh pengusaha tempatan berkenaan dading import.

Empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing yang di. import dari Sepanyol di sita oleh jabatan terbabit dalam serbuan di Perlabuhan Tanjung Pelepas (PTP) , Gelang Patah.

MAQIS, melalui ketua Pengarah Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad berkata, hasil maklumat awam, pihaknya menyita 120 tan bekalan daging dengan nilai RM 2 juta.

Kesemuanya di letakkan bercampur dalam empat kotena sejuk beku.

Maklumat yang di terima oleh pihaknya sejak 31 Mei dan tindakan terus di ambil untuk menyekat pergerakan kontena tersebut dari keluar dari perlabuhan.




Kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta MAQIS 2011 di mana jika sabit kesalahan di denda maksimum Rm 100000 , atau penjara 6 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama manakala bagi kesalahan kedua boleh di denda maksimum Rm 150000 atau penjara 7 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengimport terbabit sudah di panggil dan pihak MAQIS akan membuat pendakwaan jika sabit kesalahan.


No comments