Rahsia Lisa Surihani Pada Gambar Ini.
Ramai yang suka melihat perkembangan artis pujaan masing-masing. Mereka selalunya memberikan inspirasi kepada peminat terutamanya dalam bab fesyen dan pakaian.
Namun kalau peminat artis-artis di Malaysia sedar, golongan artis kita sekarang bukan sahaja seorang penghibur malahan mereka juga di kenali sebagai usahawan dan peniaga.
Bagus juga golongan artis ini menggunakan daya populariti mereka dalam menjalankan bisnes masing-masing. Ada yang mengeluarkan produk makanan dan pakaian di bawah label sendiri.
Mungkin meraka mengambil pengajaran dari artis-artis lama di mana di hujung karier mereka kebanyakan artis lama hilang mata pencarian.
Jadi tindakan artis sekarang menggunakan populariti mereka berniaga adalah tepat untuk masa depan masing-masing.
Lisa Surihani juga tidak ketinggalan dalam berniaga.Beliau turut mempunyai koleksi pakaian di bawah labelnya yang mana beliau bekerjasama dengan seorang pereka terkenal.
Ramai yang tahu Lisa adalah salah seorang artis yang mempunyai latar belakang tarsf pendidikan yang tinggi. Namun mungkin minatnya kepada dunia seni menyebabkan beliau terbabit sepenuhnya dalam dunia seni ini.
Ada satu perkara yang rasanya ramai peminat Lisa sendiri yang tidak menyedari tentang artis pujaan mereka ini.
Rupa-rupanya Lisa seorang yang rabun, agak tinggi juga. Selama ini kita tidak pernah melihat beliau memakai cermin mata. Namun di IGnya beliau mengakuinya.
Post a Comment