Beruniform Sekolah Bercumbu Di Khalayak Ramai.Sempoi Sangat !




Antara masalah yang sangat lazim dalam masyarakat adalah sikap suka terikut-ikut dengan budaya luar. Realitinya kebanyakan budaya dari barat terutamanya tidak sesuai dengan norma masyarakat kita.

Manakan tidak, jika hidup di barat, remaja berpakaian sekolah membuat perkara sumbang, tidak ada orang awam yang ambil peduli.Berlainan dengan negara kita.


Silap besar kalau pakai uniform sekolah dan anda berkelakuan sumbang di tepi jalan, mahu kena ceramah kat situ juga.

Seorang penguna Instagtam, Ryzal Syah Putra, telah memuat naik sekeping foto yang menurut nitizen menjijikkan dan menyakitkan mata yang memandang.


Kejadian itu dikatakan berlaku di SS15 Subang, Selangor ketika Ryzal sedang makan di sebuah restoran bersama dengan anak buahnya. Kelihatan sepasang kekasih berpakaian uniform sekolah sedang bercumbuan di luar restoran.

Memalukan. Kalau ia pun dah terlebih sayang, pergilah bercium di tempat tersorok, bukan di khalayak ramai.Sudahlah masih bersekolah.

Yang peliknya, bila kena tegur pasangan ini bukannya sedar kesalahan mereka. Cuma mereka berpindah tempat dan sambung kembali perbuatan 18sx itu.






Memalukan sungguh perbuatan kalian berdua tu! Yang lebih parah lagi, kedua-dua pelajar itu berbangsa Melayu! Kalau dah Melayu, mestilah Islam kan?

Bukan saja memalukan diri sendiri dan nama sekolah, malah memalukan agama sendiri.

Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan sentiasa mengawasi setiap langkah anak-anak. Betul ke lepas habis sekolah dia terus balik rumah? Betul ke ada kelas tambahan lepas habis sekolah?

Namun pokok pangkalnya haruslah terletak pada diri sendiri. Jangan terlampau ikutkan nafsu sampai tergadai maruah diri. Lepas dah kena, baru nak menangis dan menyesal.

Agaknya kenapalah remaja ini masih leka walhal dah dah banyak contoh di sekeliling yang boleh di jadikan teladan.

No comments