Penjelasan Sebenar Lelaki Bersongkok Yang Minta Habuan S3ks !
Sejak semalam, kisah seorang lelaki yang telah di viralkan kerana meminta 'habuan seks' daripada seorang wanita yang meminta kerja daripadanya. Walau bagaimanapun, lelaki yang di kenali sebagai Zul tampil menjelaskan hal sebenar.
Zul mengakui lelaki bersongkok sepertimana di viralkan dan mesej-mesej tersebut memang darinya.
Zul mengakui lelaki bersongkok sepertimana di viralkan dan mesej-mesej tersebut memang darinya.
Beliau menjelaskan, apa yang berlaku sebenarnya ialah dia sedang menguji sikap bakal pekerja yang ingin bekerja di syarikatnya.Dia mahu menguji sikap bakal pekerjanya sebelum di panggil untuk temuduga sebenar.
Beliau yang berusia 54 tahun berasal dari Melaka berkata di hujung perbualan melalui aplikasi Whatsapp itu, dia telah meminta maaf kepada wanita tersebut, namun paparan itu tidak di viralkan oleh wanita tersebut.
“Apa nak buat, memang silap saya, cara saya agak kasar dan tak sopan, tapi saya sebenarnya bukan jenis suka cakap-cakap lucah macam tu.
“Niat hati nak ‘temuduga’ bermain kata-kata, tak sangka pula saya sendiri yang terkena bila dia viralkan gambar dan perbualan kami berdua,” katanya.
Melihat kepada posting yang viral itu, wanita tersebut menghubungi Zul setelah melihat nombor telefon lelaki tersebut memerlukan pekerja di laman web.
Mengakui nitizen pasti sukar menerima alasan yang beliau berikan, namun dia perlu tampil menjelaskan perkara itu.
Kesan daripada viralnya posting tersebut, isterinya turut lari dari rumah kerana marah dan terkejut. Namun isteri dan ahli keluarga lain dapat memahami situasi sebenar setelah dia jelaskan.
“Pertama kali dalam hidup saya ‘siasat' bakal pekerja dengan cara macam ni.
“Saya sebenarnya fobia setiap kali nak ambil pekerja sebab dah banyak kali kena tipu, ramai yang tak jujur mereka tiru tandatangan saya, tipu duit saya dan macam-macam lagi,” katanya.
“Saya sebenarnya fobia setiap kali nak ambil pekerja sebab dah banyak kali kena tipu, ramai yang tak jujur mereka tiru tandatangan saya, tipu duit saya dan macam-macam lagi,” katanya.
Zul bagaimana pun tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita yang menviralkan perbualan tersebut walaupun sudah mengesan identitinya.
“Saya sudah minta maaf, cuma saya terfikir apa motif dia tak viralkan sepenuhnya mesej perbualan kami.
"Mungkin kalau dia viralkan semua, ada netizen yang dapat faham kenapa saya buat macam tu berbanding semua orang terus hentam saya tanpa tahu situasi sebenar,” katanya.
Post a Comment