Enot Kecewa Bila Tampil Kurus Di Perkecilkan.



Nitizen kebanyakannya terkejut apabila melihat pernampilan terbaru Aliza Abdullah, atau lebih di kenali sebagai Enot.Kalau korang perasan, sudah agak lama Enot tidak bersama dengan peminat terutamanya muncul di program tv.

Melalui entri terbaru di Instagramnya, Enot yang tampil berkongsikan foto terbarunya yamg kelihatan lebih kurus.Memang nampak ketara saiz badannya berubah.Enot mengakui ynag dia telah berjaya membuang sebanyak 29 kilogram.

Nitizen memuji pernampilan terbaru Enot yang nampak lebih cantik.Maklumlah bila badan cantik.

Namun di sebalik rasa gembira berjaya membuang berat sebanyak itu,Enot berasa kecewa bila ada yang menganggap di kurus kerana sakit yang dihadapinya sejak 2 tahun yang lalu.

Oleh itu, Enot tampil menjelaskan keadaan dan punca sebenar dia kehilangan berat badan.

“Sekali lagi saya nak tekankan di sini saya sudah sihat daripada sakit dua tahun lepas.

“Alhamdulillah fasa itu sudah berakhir dan biarlah saya dan Allah sahaja yang tahu.

“Sekarang saya mahu bangkit balik demi anak-anak saya. Cuma mereka ada dalam hidup saya jadi sokonglah saya untuk menjadi ceria seperti dahulu.

“Jadi, tolong jangan pandai-pandai cakap saya kurus sebab sakit sebab yang hadap dan rasa adalah saya. Tolong jangan ungkit lagi,” tegas Enot.

Apapun,semoga Anot terus sukses dan berjaya dalam bidangnya.




No comments