Bedebar Dengar Abang Lazada Bagi Salam, Tapi Bila Buka Bungkusan...


Bila dunia semakin maju, seiring dengan kemajuan teknologi, wanita yang mana sinonim dengan sikap mereka yang gemar membeli belah menjadi bertambah mudah apabila semuanya di hujung jari mereka.

Bagi wanita ini, Anna Fuzzana Ridduan, 30, beliau mengalami peristiwa lucu apabila berkaitan dengan membeli belah secara dalam talian ini.

Segalanya berpunca apabila dia berkenan untuk mendapatkan timbang yang boleh di gunakannya untuk mengawal beràt badannya.



Pengalaman berurusan secara online untuk mendapatkan timbang itu mungkin perkara yang tidak dapat di lupa sepanjang hayat. Posting berkaitan alat penimbang itu telah mendapat perhatian. nitizen dengan lebih 24000 perkongsian.

"Saya terkejut bila bungkusan yang diterima sungguh kecil berbanding saiz alat penimbang berat badan yang biasa terdapat di pasaran. Nak timbang apa kalau macam tu?
"Sudahlah tunggu sampai seminggu. Tiba-tiba yang dihantar adalah replika sebesar ibu jari sahaja. Suami pula hanya gelakkan saya," katanya .

Mengakui kesilapannya kerana tidak membaca sepenuhnya sebelum. membuat pesanan, dia tertarik awalnya dengan alat penimbang itu yang hanya berharga Rm 12 tanpa membaca keterangan mengenainya.

Kata Ana Fuzzana, beliau sengaja memuatnaik status berkenaan kerana ingin berkongsi kisah lucunya. Tanpa di sangka ianya mendapat banyak perkongsian hingga telefonnya tidak dapat di gunakan seketika.








No comments