Aliff Tanya Afifah Mana?



Setelah mengadakan beberapa sidang media, kekeruhan yang berlaku dalam rumahtangga Aliff Aziz dan Bella reda.

Namun timbul pula isu melibatkan Afifah yang gagal datang ke lokasi penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu yang hanya berbaki 5 episod.



Penggambaran drama itu tertangguh kerana Aliff Aziz di tahan polis berikutan dakwaan mencederakan isterinya.

Setelah di bebaskan beliau terus segera ke lokasi penggambaran, namun Afifah tiada di sana. Pihak produksi memberitahu yang Afifah memberikan alasan tidak sihat.

Aliff merayu Afifah bersikap profesional bagi meneruskan penggambaran filem tersebut.

"Saya minta maaf kepada pihak produksi yang terjejas dengan isu ini. Selepas saya keluar dari lokap keesokan harinya (Sabtu) saya terus ke lokasi penggambaran kerana tak mahu menyusahkan mereka," kata Aliff lagi.

Ketika ini , Aliff berharap kekecohan yang berlaku dapat di lupakan nitizen.

Selain itu, isu di tweeter yang di gembar gemburkan sebelum ini berkaitan no tel nya yang tersebar, dia mendakwa di aniya oleh pihak yang menggodam akaunnya.



Nampak seperti ada pihak yang cuba menangguk di air keroh, cuba memburukkan lagi keadaan yang melanda dirinya.

sumber :mstar.
















No comments