Ada Manusia Sanggup Buat Apa Saja Untuk Cover Khilaf Diri - Aliff Aziz.

Ada Manusia Sanggup Buat Apa Saja Untuk Cover Khilaf Diri - Aliff Aziz.



Nama Aliff Aziz dan Afifah Nasir bermain di bibir nitizen semenjak kisah mereka di serang oleh Bella,isteri Aliff ,di sebuah pusat karaoke di Kuala Lumpur.

Aliff Aziz sememangnya semasa bujangnya di kenali sebagai 'bad boy' dalam industri hiburan tanah air ini.

Namun setelah bertemu Bella dan menjadi suaminya,Aliff di lihat menjadi seorang yang berbeza.

Namun semenjak kes serangan di pusat karaoke itu,nitizen kembai melihat Aliff yang dulu,seorang yang suka bersukaria.

Namun,Aliff membuka bicara yang mana kejadian terbaru memberikan tamparan hebat buat dirinya untuk berubah sebenar-benarnya.

Saya lihat ada manusia yang sanggup buat apa saja untuk kepentingan dan menutup khilaf diri.

Aliff percaya ini memberi kesan kepada reputasinya sebagai pelakon di masa hadapan:

Saya percaya buat masa ini, heroin lain pun akan berhati-hati jika dapat tahu akan bergandingan dengan saya. Begitu juga dengan saya.

Aliff bagaimanapun, enggan digandingkan dengan Afifah dalam drama lain selepas ini:

Namun, secara khusus buat pelakon itu (Afifah Nasir), gandingan kami ini mungkin yang pertama dan terakhir. Noktah.
Saya berbuat begitu kerana mahu mengelak kesan dan perkara lama terbuka semula. Lebih baik saya jauhi.

Wah, perkara apa ya? Bagaimanapun semuanya telah berlalu tetapi Aliff tidak serik untuk bekerja dengan produksi yang sama:

Saya pula tidak serik untuk bekerja dengan produksi ini. Namun, dengan apa yang terjadi dan andai ada peluang bekerjasama di bawah produksi sama, saya kena lebih berhati-hati.
Saya juga berharap produksi ini tak serik untuk menawarkan saya peluang berlakon lagi.

Apaun setelah melalui semua ini,kita harap Aliff betul-betul menghargai isteri dan anak mereka yang baru lahir.Semoga mereka kekal bahagia.

No comments