VIDEO Viral!! Gadis Cun Korea Menyanyi Lagu Melayu Memang Merdu!!

VIDEO Viral!! Gadis Cun Korea Menyanyi Lagu Melayu Memang Merdu!!


Seorang peserta kategori antarabangsa Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) dari Korea Selatan, Seok Da-Hye berusia 24 tahun amat mrminati bahasa melayu.

Beliau memang tidak pernah sampai di Malaysia dan mendapati bahasa melayu adalah bahasa yang sangat unik.

Gadis Korea nie lebih mesra dengan panggilan Da-Hye ini, memberitahu bahawa beliau mengambil masa selama 4 tahun untuk mendalami dan mempelajari bahasa melayu ini. Beliau mempelajari bahasa melayu ini di Surabaya dan Bali.

Beliau adalah merupakan penuntut di Hankuk University Of Foreign Studies.

Setiap hari saya membaca terjemahan Al-Quran dan surat khabar berbahasa Melayu. Di samping itu, saya turut berbicara dengan mereka yang boleh berbahasa Melayu sama ada penuntut Universiti Hankuk yang berbangsa Melayu ataupun pensyarah-pensyarah yang berasal dari Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Beliau juga meminati lagu-lagu yang popular di Indonesia. Selain dari berpidato gadis Korea ini juga berkebolehan untuk menyanyi lagu berbahasa melayu.
Dia mengakui untuk menguasai sesuatu bahasa, dia tidak boleh hanya bertutur ataupun menulis sebaliknya menyanyi juga adalah sebagai salah satu medium untuk meningkatkan penguasaan beliau dalam menguasai bahasa melayu.

No comments