Sufi Rashid Juara Akademi Fantasia 2015 Digelar 'Malin Kundang' Oleh Ibu Kandungnya Sendiri.

Sufi Rashid Juara Akademi Fantasia 2015 Digelar 'Malin Kundang' Oleh Ibu Kandungnya Sendiri.

Ibu Sufi, Irma Suriana Mahamud meluahkan perasaan kecewanya terhadap anak kandungnya sendiri iaitu Sufi. Beliau meluahkan kekecewaan nya di laman facebook beliau sendiri.

Dalam status beliau, dia mengatakan sedih dan kecil hati dan merasakan seperti dikhianati oleh darah dagingnya sendiri.

Apabila menyedari status ibunya itu, Sufi memberi respon dan mengatakan dia sentiasa mendoakan kesejahteraan ibunya. Dia juga menyatakan kasih sayang terhadap ibunya tidak pernah berubah walau sedikit pun.

Para netizen masih tertanya-tanya apakah yang berlaku di antara Sufi Rashid dan ibu kandungnya sendiri. Apapun yang berlaku air dicincang takkan putus.

Apatah lagi hubungan antara ibu dan anak kandung sendiri. Buang yang keruh ambil yang jernih. Kasih ibu membawa ke syurga. Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.

Terbaru ibu Sufi telah membuat status seakan akan menempelak netizen yang mencampuri urusan dia dengan anaknya Sufi.

Beliau agak kecewa dengan tindakan para netizen mengomen tanpa usul periksa.

No comments