Sejam Berdialog Habib Ali Langsung Tidak Memandang Wajah Pengacara. Jawapan Beliau Buat Pengacara Itu Terkejut!!

Sejam Berdialog Habib Ali Langsung Tidak Memandang Wajah Pengacara. Jawapan Beliau Buat Pengacara Itu Terkejut!!


Habib Ali telah diundang oleh salah satu TV UEA di dalam program 'Eittijahat'. Sessi berdialog ini membincangkan berkaitan Mu'tamar Ahlussunnah Wal Jama'ah di Chechnya pada tahun 2016.

Pengacara pada masa itu ialah Nadine Al Badir, seorang penikus liberal berasal dari Saudi dan tidak pernah berhijab.

Semasa sessi berdialog itu berlangsunh selama 1 jam lebih Habib Ali sama sekali tidak memandang wajah Nadine Al Badir.

Beliau hanya menunduk dan memandang ke kiri dan kanan. Ini menyebabkan pengacara itu berasa amat tidak selesa dan kesal.

Tetapi pada akhir program pengacara itu terus bertanya kepada Habib Ali: 

Habib Ali.. Ini adalah pertemuan kita yang kedua, jujur.. saya sangat menghormati anda, oleh kerana itu saya menutup separuh kepala saya dalam program ini, tapi mengapa selama ini anda selalu menjauhkan pandangan dari wajah saya?

Habib Ali yang tampak malu dengan pertanyaan itu menjawab :

Semoga ALLAH memberkati anda dan membalas kebaikan anda.. Pertama saya memang tidak terbiasa memandang wanita yang bukan mahram, Kedua saya tidak memandang wajah anda kerana saya memuliakan dan menghormati anda, dan bukan bererti saya merendahkan anda.
Lelaki yang bersikap sopan dan menghormati seorang wanita tidak akan memandang wajahnya.
Bukankan ALLAH SWT berfirman :

“قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ 
أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ”

Maksudnya:- ‘Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka’.
(QS. An-nur : 30) .

Rasulullah SAW bersabda :

Pandangan haram adalah panah beracun dari sekian banyak panah Iblis, siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada ALLAH, ALLAH akan anugerahkan baginya kelazatan iman yang akan ia rasakan dalam hatinya’.
(HR.Ahmad).

No comments