Safuraa Kongsi Tips Bagaimana Dhuha, Bayinya Lahir Comel Sangat.
Bayi comel, Dhuhaa Sophea Stumburys, yang viral di negara ini walaupun tinggal jauh di Sweeden, adalah anak kepada pasangan Siti Safuraa Hamzah dan suaminya warga Russia.
Bayi yang berusia 9 bulan ini menjadi perhatian nitizen kerana berkulit putih, dengan mata galaknya serta berbulu mata lentik membuatkan ramai yang geram menatapnya.
Ibu kepada bayi comel ini, Siti Safuraa jua terkena tempiasnya. Beliau yang lahir di Besut, Terengganu, selain dari menerima banyak pertanyaan, pengikut di media sosialnya juga bertambah.
Menurutnya, soalan lazim yang di tanya pengikutnya adalah amalan yang dilakukan sewaktu mengandung.
“Memang ramai yang tanya soalan ini, sama ada mesej saya secara peribadi, di ruangan komen termasuk ketika buat live.
“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa pemakanan khusus waktu mengandung dulu. Mungkin ini rezeki kurniaan Tuhan buat saya dan suami.
“Cuma masa hamil dulu saya suka baca dan dengar ayat suci al-Quran. Surah yang paling saya gemari adalah surah Ar Rahman.
“Waktu itu saya sangat sensitif, mudah menangis dan bila dengar surah tu saya rasa kuat dan sangat terkesan sampai ke jiwa.
“Selebihnya saya banyakkan zikir dan berdoa agar Allah sentiasa lindungi saya dan kandungan,”ujarnya yang tinggal di Sweden selepas mendirikan rumah tangga dengan Asadullah.
Yang sebenarnya bukan sahaja di Malaysia, malahan di Sweeden pun bayinya turut menjadi perhatian.
“Mana-mana kami bawa memang akan ramai memandang dan menegur dia. Malah ada juga yang nak ambil gambar.
“Baru-baru ini kami ke Lithuania ke rumah mentua. Situasinya pun sama, memang banyak mata yang memandang dia dan berbisik. Kata mentua mereka suka lihat Dhuhaa,”ujar Siti Safuraa ketika dihubungi.
Sememangnya pada awalnya suami Siti Safuraa kurang senang dengan reaksi nitizen di sini yang suka tidak lepaskan peluang bergambar dengan Dhuha. Namun akhirnya beliau akur.
“Peringkat awal suami memang tak berapa suka saya muat naik gambar Dhuhaa di instagram sebab dia bukan jenis yang terbuka. Suami saya tiada akaun Facebook atau instagram.
“Dia tak berminat untuk bersosial dengan cara ini. Tapi lama kelamaan dia macam dah redha sebab isterinya memang suka dan aktif di media sosial.
“Tapi saya pastikan perkongsian yang dibuat tidak berlebihan atau menonjol. Suami juga dah terbiasa Dhuhaa jadi perhatian. Dia sendiri alaminya di sini bila orang selalu tegur dan nak ambil gambar anaknya.
“Cuma kami sendiri pun kena hati-hati, takut juga berlaku perkara yang tak elok,”luahnya yang menyambut hari raya di Sweden.
Mungkin bakat Dhuha di depan kamera. yang kelihatan tidak kekok di warisi dari ibunya, Safuraa yang pernah menjadi. model suatu ketika dahulu.
Namun, sebolehnya Safuraa mahu mengelakkan anak menceburi bidang modelling.
“Dia masih kecil tapi kalau boleh saya cuba elakkan dia untuk ke arah itu melainkan kalau itu memang dah rezeki dia. Saya memang tak simpan hasrat untuk dia ceburi bidang modelling.”
Berkongsi lagi mengenai si comel ini, Safuraa memberitahu Dhuha sangat mudah di urus.
“Alhamdulillah dia jenis yang tak banyak ragam melainkan jika dia betul-betul penat atau tidurnya terganggu.
“Kalau semuanya ok, dia tak meragam. Saya boleh buat kerja dan dia tak kacau pun,”ujarnya.
Sumber Vanilla Kismis
Post a Comment