Rani Kulup Di Tuduh Ugut Siti Kassim ?



Nampaknya Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Abdul Rani Kulup, di tuduh sebagai orang yang di tahan oleh Polis berikutan ugutan terhadap Siti Kassim.

Namun perkara itu di nafikan oleh Abdul Rani Kulup itu sendiri.

Beliau berkata, walaupun marah dengan apa yang di lakukan oleh Siti Kassim sebelum ini yang menyerang intitusi islam, namun dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian yang berbaur ugutan.

“Memanglah saya marah dengan kenyataan dia yang (sebelum ini) sering menyerang dan menghina Jakim, Jawi dan sebagainya, tapi saya belum tergamak nak cemarkan maruah dan martabat diri saya dengan merogol dia.

“Apa ingat saya tak ada ‘taste’ (selera) kah?

“Bukan sahaja saya, malah orang asli sendiri belum tentu ada selera nak rogol perempuan macam tu,” katanya ketika mengulas mengenai khabar angin kononnya dia merupakan individu yang ditangkap pihak polis berhubung ancaman tersebut.

Sebelum ini, Datuk Amar Singh Ishar Singh, Ketua Polis Kuala Lumpur, mengesahkan pihaknya telah menahan orang yang di syaki mengeluarkan ugutan tersebut.

Suspek telah di tahan reman selama tiga hari bagi tujuan siasatan.

Sementara itu, Abdul Rani Kulup pula menggesa pihak berkuasa menahan dan memberikan khusus aqidah buat Siti Kassim.

“Saya menyeru Jakim, Jawi dan sebagainya segera menahan dan melakukan siasatan terhadap Siti Kassim, bukan tangkap Raja Bomoh.

“Selepas tangkap beri ‘kursus’ dakwah dan pemulihan akidah agar dia boleh segera bertaubat dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam,” tegasnya


No comments