Pembunuhan Umat Islam Myammar Kembali.
Beberapa bulan kebelakangan ini, insiden pembunuhan beramai-ramai umat islam di Myanmar kelihatan tenang, kini ianya kembali tercetus.
Di anggarkan lebih 100 ribu umat islam di Myanmar yang telah menjadi pelarian di. Malaysia, Indonesia dan Bangladesh. Manakala hampir seribu orang telah menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai.
Pada 29 Jun lalu, Rakhie kembali bergolak apabila tentera dan polis Myanmar melancarkan serangan di Maungdaw, mengakibatkan kematian lapan orang penduduk islam dan lebih 1000 orang melarikan diri.
Ini merupakan serangan terbaru terhadap. komuniti islam di sana.
Portal Rohingya Blogger pula melaporkan axtremis Buddha menyertai polis dan tentera dalam dalam serangan itu.
Dalam 1000 orang yang melarikan diri, hampir 500 orang berjaya di tahan semula oleh tentera.
Sehingga kini tiada berita terbaru mengenai perkembangan mereka yang berjaya di tahan pihak tentera.
Ketegangan di Rohingya bermula semula apabila seorang Buddha terbunuh di perkampungan berhampiran Rohingya.
Post a Comment