Nitizen Kecam PDRM, Mohon Siasat Ketua Polis Kajang, Yusof Azmi Di Ugut Bunuh !
Isu PPIM yang menyerbu gudang syarikat pajak kenderaan telah memalitkan impak negatif buat PDRM khususnya cawangan Kajang.
Nitizen berang bila Ketua Polis Kajang keluarkan kenyataan PPIM lakukan pencerobohan sejurus menerima laporan dari pemilik syarikat terbabit yang juga seorang VVIP.
Rata-rata nitizen memang menyokng tindakan PPIM manakala mengecam tindakan PDRM yang seakan memilih bulu untuk bertindak. Ada yang meluahkan hilangnya kepercayaan mereka terhadap badan itu.
Kenyataan dari Ketua Polis Kajang pula di kecam. nitizen dan ada yang mencadangkan SPRM mulakan siasatan ke atasnya.
Sementara itu, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusof Azmi mengakui menerima ugutan bunuh berikutan isu ini. Walaubagaimanapun, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang.
Beliau menganggap pihak berkenaan hanyalah 'gangster jalanan' dan beliau tetap dengan perjuangannya.
Post a Comment