Netizen Marah Apabila Mangsa Kes Pajak Pula Ditahan Polis - PPIM.

Setelah beberapa hari tular mengenai kes PPIM menyerbu sebuah gudang kereta di Kajang, kes ini terus berlarutan.
Sebelum ini kita membaca bagaimana PPIM mendakwa syarikat pajak berkenaan AGR Auto Sdn. Bhd menyimpan kenderaan tanpa prosuder yang sah, tetapi lebih PANAS kali ini adalah mangsa pula ditahan polis.
Tindakan menahan mangsa itu dilakukan berikutan laporan aduan telah dibuat oleh syarikat AGR itu mendakwa gudang mereka dicerobohi oleh ahli PPIM.
Kes penahanan isteri mangsa itu telah didedahkan oleh Yusuf Azmi iaitu Pengarah Unit Tindakan Khas melalui akaun facebook nya beserta video temubual beliau dengan isteri mangsa.
Isteri mangsa sekarang berada di dalam tahanan polis. Menerusi laman facebook Yusuf Azmi, beliau menulis 'Rentetan Kes Penipuan Syarikat Pajakan Kenderaan AGR AUTO SDN. BHD, salah seorang mangsa penipuan syarikat itu ditahan bagi membantu siasatan atas tuduhan ugut salah seorang pengikut Dato Kabi'
Video yang telah dirakamkan di pejabat PPIM itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati ramai netizen dan pelbagai komen diterima.
Video itu mendapat sokongan netizen melebihi 3,000 dan telah dikongsi 700 oleh netizen yang mengikuti kes ini di laman sosial PPIM.
Rakaman video itu menunjukkan bahawa isteri mangsa memberitahu bahawa suaminya telah didatangi oleh 2 orang anggota dari Balai Polis Serdang kira-kira jam 3 pagi dan dibawa ke sana untuk disoal siasat.
"Saya tidak dibenarkan masuk dan bertemu suami saya, saya tidak tahu berapa lama ditahan reman. Mungkin lebih ramai lagi akan ditahan selepas ini." luahan perasaan wanita itu dengan nada yang sedih.

Di dalam video itu juga, Yusuf meminta supaya pengguna yang ditindas supaya tidak gentar. Ini berkemungkinan individu syarikat itu mempunyai pengaruh yang kuat.
Sehingga hari ini, pihak polis masih belum mengeluarkan apa-apa sebarang kenyataan berikutan kes penahanan mangsa itu. Jika kes ini masih berterusan, mungkin akan mengakibatkan imej pihak berkuasa tersebut akan tercalar.
Post a Comment