Mufti Gesa Pencabul Gadis Shell Bertaubat !


Mufti Gesa Pencabul Gadis Shell Bertaubat !



Sebelum ini media memaparkan foto 'gadis Shell' di cabul oleh beberapa imdividu.Perkara itu turut mendapat perhatian dari Mufti Wialayah Persekutuan,Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau menasihati individu yang terlibat supaya bertaubat.Menurutnya,kaum lelaki perlu terlebih dahulu menundukkan pandangan dan menjaga maruah mereka.


“Kami menasihatkan beberapa individu yang telah berbuat demikian terhadap ‘standee’ wanita tersebut wajar bertaubat dan berubah menjadi Muslim yang lebih baik,” kata Mufti Wilayah Persekutuan menerusi kenyataan di Bayan Linnas siri ke-102 yang dikongsikan di Facebooknya pada Ahad malam.

Standee gadis Shell itu bagaimanapun telah di tarik balik berkuat kuasa serta mertaawal bulan ini berikutan insiden itu.

Zulkifli juga berkata kaum wanita juga perlu berusaha mengelakkan sebarang fitnah. Apa jua perkara yang boleh menjadikan fitnah seharusnya di elakkan.

Beliau melihat usaha yang di ambil Shell menarik kembali 'standee' gadis itu wajar di puji kerana ia menutup pintu fitnah dalam masyarakat.

“Kemuliaan budilah yang membezakan manusia dan haiwan liar. Berbudi bukan satu hal yang boleh dibuat-buat. Ia merupakan hasil terakhir dari pembentukan peribadi dan jiwa sejak kecil lagi,” katanya.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi blognya berkata, tindakan individu yang terlibat adalah sangat mengecewakan, memalukan dan bertentangan dengan budaya peradaban masyarakat kita.

“Ia merupakan satu penghinaan dan kurangnya rasa hormat segelintir pihak terhadap wanita, berhentilah melakukan wanita sebagai objek, kita bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa buat kaum tersebut.

“Walaupun ada yang berniat untuk berjenaka, saya mahukan kita semua lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat,” kata Najib sambil berharap agar rakyat Malaysia kembali berpegang kepada prinsip rukun negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

No comments