Maid Fynn Jamal Pula Buat Hal .



Adanya pembantu rumah pada asalnya untuk membantu majikan uruskan kerja-kerja rumah. Bagaimana pula perasaan anda bila pembantu rumah yang anda bayar gaji mereka , berlagak seperti tuan di dalam rumah anda.

Itulah yang di alami oleh Fynn Jamal, seperti mana yang di kongsinya di Instagram.

Pemabantu rumahnya, kali ini warga Filipina, rupanya selama ini berlakon baik di depannya,

Juna di peluk dicium apabila di depan Fynn.Tapi di belakangnya, akhirnya kepura-puraan pembantu rumah itu teebongkar.

Ikuti pendedahan Fynn. :-

ini lah dia balasan kebaikan kami kepada helper yang aku layan setara bagai sahabat.
.
makan semeja. jalan bersama. dimewah hadiah. dibagi bilik tetamu, bukan bilik bibik. dipejam-mata walau malas nauzubillah.
.
semua atas alasan:
takpe. sekurang2nya dia sayang anak kita.
.
sebab depan kita, subhanallah, dipeluk dicium dikasih anak kita. jadi takpe. segalanya takpe.
.
bangun lagi lambat dari kita. rembat pakai barang kita. tak jaga barang2 rumah kita. membetulkan kerosakan yg dia buat kat rumah ni sebab dia sampai ribu2. semua takpe.
.
asalkan sayang anak kita.
.
tapi tadi dah kantoi kali ketiga buat tak baik dgn anak kita. dia ingat semua keluar tinggalkan juna pada dia. sebab kita tersalah cakap semua pergi. kecuali dia.
.
jadi perangai dia terzahir tanpa mengetahui daddy kat tingkat atas.
.
juna menangis menjerit.
dipeduliknya.
sebab dia nak juga layan drama filipina dia.
.
allahu akbar. bayangkan. apalah yg anak aku reti adukan. dulu masa bang chik lari, aku doa sangat2 minta الله tunjuk segala yg tersembunyi dlm rumah ni.
.
perlahan2, الله singkapkan.
.
gaji lebih mahal dari penjaga stor butik. kita kenang sbb dia ada mak abah. setiap bulan ada sahaja keluarga sakit, ada saja nak pakai duit. kita sabarkan.
.
minta tolong kemas mcm mengemis. sebab dia suka hempas2 sbb xcukup rehat. jadi selalunya aku juga yg uruskan. masak tak pernah. bergayut dgn jejaka2 sini sana. kantoi dpn kita pun bukan minta maaf. setakat off fon kemudian buat selamba. ni aku ambil fon dia, bila semak whatsapp-- terbukti semua.
.
"boss here. wait. later i call you".
.
fuh. dia yg call mamat2 semua tu. chatting jenis "mana dpt fon i ni?", jenis "nak mandi, you jgn bayang i mandi tau you ni". berbual dgn ramai lelaki-- yg bukan suami. terbukti sbb dia suka printscreen facetime dgn si miang2 ni.
.
ya الله berikan aku kesabaran.
kasihankan anak aku.
.
ni yang kantoi. yang selama ni anak aku tanggung? berapa lama dia berlakon macam ni? kalau bukan bang chik lari masa tu-- mesti masih tak perasan semua ni. skrg dah terbukak belang. dia dah malas nak berlakon lagi.
.
allahu akbar.
wahai الله, aku serahkan dia pada engkau.

No comments