Luahan Perasaan 'Gadis Kenyit Mata' Menangis Baca Komen Negatif Netizen!!

Luahan Perasaan 'Gadis Kenyit Mata' Menangis Baca Komen Negatif Netizen!!


Gara-gara mengenyit mata dan melambai kamera ketika menghadiri Hari Peneroka Felda 2017 gadis ini telah menjadi viral.

Norsuziyana mengaku beliau mengenyit mata kerana diaeahkan oleh jurugambar supaya memandang ke arah kamera sambil membuat muka comel dan senyum.


Tetapi perbuatan beliau telah menarik perhatian netizen yang menonton dan menjadikannya viral.

Sejurus selepas video beliau menjadi viral, Norsuziyana telah banyak terima komen-komen yang negatif.

"Terus terang saya katakan, saya menangis membaca komen yang negatif itu. Saya mengadu kepada ibu dan memeluknya sambil bertanya, adakah saya sudah memalukannya?" kata beliau.


Ibu Norsuziyana jawab, ‘tidak, mak bangga ada anak macam kamu. Anak yang kuat di luar dan tersenyum, tetapi di dalam, air mata yang keluar.’

"Mulut orang saya tak boleh tutup. Saya reda dengan semua ini dan kakak beritahu, saya kena terima kerana ini semua dugaan." ujar beliau lagi.
Sudah-sudah la tue wahai para netizen. Nursuziyana hanya meneman ibu beliau sahaja. Dan tragedi mengenyit mata, beliau hanya mengikut arahan jurukamera sahaja.

No comments