"Jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau nanti!

"Jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau nanti! Ugutan bunuh dari peminat fanatik buat Wany Hasrita.

Wany Hasrita penyanyi yang semakin melonjak dengan lagu Menahan Rindu pernah diugut bunuh oleh peminat fanatiknya.

Kisah ini berlaku tiga minggu lalu di laman instagram beliau. Individu berkenaan kerap memberi koman ugutan itu di laman instagramnya.

Kejadian ini berlaku tiga minggu lepas. Saya diganggu oleh seorang peminat fanatik menerusi mesej dan komen di laman Instagram. Dia menghantarkan komen dan mesej yang berbunyi seperti, ‘jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau nanti
Sebagai solusi, saya mengambil tindakan dengan menyimpan segala ‘screen shot’ mesej yang dia hantar. Saya juga memberi amaran kepada dirinya. Saya katakan kepadanya, negara kita ada undang-undang dan pihak berkuasa pasti akan dapat mencari siapakah dia
Hampir tiga kali saya menyekatnya di laman Instagram dan dia tetap akan muncul dengan nama yang lebih kurang sama dan mengganggu saya. Akhirnya, saya langsung tidak melayan mesej itu dan dia pun telah berhenti mengganggu saya,” jelasnya kepada Astro Awani.
Sememangnya seorang penyanyi yang baru melonjak naik pastinya akan ada peminat fanatik. Dia harus mengambil pendekatan yang baik dan memberi nasihat dengan cara yang lembut.
Kepada peminat fanatik berkenaan, jagalah tatasusila kita. Jadilah seorang peminat yang baik bukannya ugut menggugut dengan perkara begini.
Kepada Wanny Hasrita pula, jaga diri dan pertuturan. Jadikan peminat anda sebagai rakan baik anda. Selesaikan nya dengan cara yang baik. Jaga diri bebaik yer Wanny..

No comments