Ganas Dan Kejam!! Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Akibat Dipukul.

Ganas Dan Kejam!! Tengkorak Remaja Perempuan Pecah Akibat Dipukul.

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pecah tengkorak setelah dipukul. Beliau dipukul di bahagian tengkorak ketika kejadian samun di rumahnya di Kampung Masjid, Kajang.
Gambar hiasan

Mangsa dikenali sebagai Syazana Amirah Asshaari telah ditemui oleh ibunya sendiri Siti Rafiah Mansor, 48 pada jam 11.15 pagi. Mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah. Terdapat juga kecederaan di bahagian kepala, dagu dan mulut.

Ibu mangsa keluar bekerja awal pagi untuk mengambil upah mengemas rumah. Beliau pulang ke rumah pada jam 11 pagi dan mendapati anaknya yang bongsu otu terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya terus minta tolong jiran untuk menghubungi ambulans untuk menghantar anak ke hospital,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Ketika kejadian mangsa tinggal seorang diri di rumah kerana adik beradiknya yang lain keluar bekerja.

Siti Rafiah berkata anaknya itu sedang di rawat di unit rawatan rapi HKL dan berada dalam keadaan agak kritikal.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan menyatakan bahawa tengkorak mangsa di sebelah kiri dan kana oecah akibat dipukul dengan objek keras.


No comments