Endie Shazlie Akhbar, bekas ketua pegawai operasi Malay Malay, menggesa lebih ramai wanita memberanikan diri untuk menanggalkan hijab mereka.
Endie melalui akaun Twitternya melahirkan gesaan itu pada Jumaat lalu berkata tindakan itu membolehkan dunia ini menjadi tempat yang lebih baik buat semua orang!
"trying ti make this world a better place by urging girls to take off their tudung and #MakeFreeHairGreatAgain. (cuba menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik dengan menggesa wanita untuk menaggalkan tudung mereka dan menjadikan rambut yang bebas tanpa hijab kembali hebat), tegasnya.
Melalui tinjauan yang di lakukan,di laman Twitter Endie, beliau turut menyokong kennyataan aktivis wanita, Maryam Lee , yang mana mengkritik pemakaian tudung ke atas kanak-kanak wanita.
Maryam Lee, seorang islam berkata, 'hatinya terluka' apabila melihat anak kecil seawal usia telah di paksa memakai tudung.
Maryam mengakui ekoran "paksaan" memakai tudung dari awal usia menyebabkan dia tidak bahagia dan akhirnya pada usia 25 tahun dia ambil keputusan untuk meninggalkan tudungnya.
Beliau turut mendakwa di negara ini tuntutan memakai tudung adalah semata-mata adat melayu, bukannya berdasarkan ajaran islam.
Dia berkata lagi, tiada satupun ayat di dalam al-Quran yang meminta penganutnya menutup rambut sebaliknya hanya melabuhkan kain menutup dada.
Post a Comment