Anak Sakit Kanser,Orang Lain Yang Kaya !
Macam-macam cara orang tamakkan wang ringgit gunakan cara singkat untuk mendapatkan duit.Ambil peluang di atas kesengsaraan orang lain.
Pedih hati dan berang rasanya,itulah yang di alami oleh sepasang suami isteri ini ,Mohammad Zaki dan isterinya,Asmah Jasmien,bila anaknya yang sememangnya menghidapi kanser di jadikan mangsa penipuan oleh pihak yang tamak.Orang ini memperdayakan orang ramai dengan meminta derma menggunakan foto anaknya.
Pelaku itu menggunakan laman facebook portal berita Sinar Harian Online yang palsu untuk menjaankan kegiatan penipuan ini,mengutip derma sebanyak RM500000 untuk membiayai kos rawatan kanser tersebut.
Mohammad Zaki dan isteri menyedari akan penipuan itu cuba bertindak memaklumkan orang ramai,namun gagal apabila idnya di sekat dari meninggalkan komen.Malahan komen lain turut di padam oleh penipu terbabit.
Bagi memastikan orang ramai tidak tertipu,satu laporan polis telah di buat dan Mohammad Zaki berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan.
Mohammad Zaki mengakui yang memang sebenarnya anaknya,Aqil,13 tahun menghidapai kanser tulang.
Namun segala kos rawatan anaknya telah di tanggung oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
"Anak saya memang menghidap kanser tulang tahap empat dan kisahnya pernah disiarkan pihak media.
"Anak saya mendapat perlindungan insurans sekolah dan kami hanya menampung perbelanjaan ulang-alik ke hospital, " jelasnya.
Menggunakan gambar Aqil meraih simpati orang ramai untuk menderma dan menceritakan penderitaan Aqil merupakan cara terkutuk penipu tersebut mengutip wang derma.
Post a Comment