Aliff Aziz di dakwa Pukul Isteri Yang Masih Dalam Pantang.



Berita hiburan Malaysia di kejutkan dengan tindakan penyanyi terkenal ini, Aliff Aziz yang di dakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah.

Lebih mengecewakan Bella masih lagi dalam pantang kerana baru 20 hari melahirkan bayi lelaki mereka.

Aliff Aziz yang berasal dari Singapura di dakwa memukul iserinya selepas berlaku pergelutan di sebuah pusat karoke di Taman Shamelin, Cheras.

Bella membuat laporan polis kerana mendakwa di pukul Aliff, 26, hingga menyebabkannya cedera di muka dan lutut.

Pada malam itu, Bella telah pergi ke pusat tersebut dengan di temani ibunya setelah mendapat tahu suaminya berada di pusat karoke bersama wanita lain.

Mangsa tidak berpuashati mengambil gambar dan memarahi suspek,menggunakan telefonnya sebagai bukti.

“Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas telefon bimbit pengadu.

“Suami berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit pengadu,”katanya.

Aliff di dakwa mencampakkan telefon bimbit ke muka isterinya setelah memadamkan semua bukti.

Berikutan itu , Aliff telah di tahan awal paginya danndi bawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Ketua polis Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur mengesahkan penahanan tersebut.


No comments