223 Peneroka Umum Derma Insentif Rm 5000 Seorang Kepada Pakatan Harapan.
Mungkin ini merupakan satu berita hebat buat para peneroka di dalam Malaysia. Beberapa insentif yang di umumkan Najib Tun Razak kelmarin menjadi trendding di media.
Namun lain pula yang berlaku di dakwa di Felda Negeri Kelantan.
Sekumpulan 223 peneroka Felda gugusan Kemahang, Kelantan, hari ini mengumumkan hasrat untuk menyerahkan kesemua wang RM5,000 yang bakal diterima daripada Felda sebagai bayaran insentif hujung bulan depan kepada Pakatan Harapan Kelantan sebagai persiapan untuk menghadapi PRU14 yang akan datang.
Wakil kumpulan peneroka ini yang mahu dikenali Ayub berkata, mereka sepakat untuk menyerahkan kesemua wang tersebut kepada Pakatan Harapan Kelantan kerana tidak yakin wang tersebut adalah halal untuk digunakan.
Ramai di kalangan mereka berasa yakin ada yang tidak kena dengan pemberian tersebut kerana dibuat kurang setahun sebelum PRU14 berlangsung.
Justeru, sesuai dengan ajaran Islam 223 kumpulan peneroka yang beliau wakili, bersetuju untuk menyerahkan kesemua wang tersebut kepada Pakatan Harapan Kelantan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Jika menjadi kenyataan, jumlah keseluruhan wang yang akan diterima oleh Pakatan Harapan adalah sebanyak RM1,115,000 kesemuanya.
Seorang wakil rakyat dari parti Amanah besar kemungkinan akan dijemput untuk menerima wang ini bagi pihak Pakatan Harapan.
Walaubagaimanapun kesahihan cerita ini yang tersebar di laman Facebook bermotifkan politik tidak dapat di pastikan.
Namun meninjau di ruangan komennya, kebanyakan nitizen ternyata tidak percaya dengan cerita ini.
Menurut nitizen, lebih baik di dermakan sahaja ke badan masjid atau pembinaan sekolah tahfiz yang mana sudah tentu betul jalannya.
Lagipun kebanyakan peneroka bukanlah golongan berada. Gunakanlah insentif itu sebaiknya, menurut mereka.
Post a Comment