Tak Balik Beraya Rumah Mertua,Anak Di Ugut Bunuh !

Tak Balik Beraya Rumah Mertua,Anak Di Ugut Bunuh !



Seorang lelaki mengamuk mahu membunuh kedua anaknya hanya kerana isterinya yang berada di Johor tidak pulang beraya bersamanya di Menggatal,Sabah.

Kejadian di laporkan berlaku di sebuah rumah di Kampung Suang Parai,berhampiran Menggatal di Kota Kinabalu ,Sabah.

Kejadian berlaku jam 5 petang di mana lelaki terbabit yang berumur 30 tahun bertindak mengurung anaknya di dalam sebuah bilik yang berumur 4 dan 5 tahun dan mengacukan pedang di leher mereka.

Kejadian itu di sedari sepupu lelaki terbabit yang perasan akan kejadian itu dan melaporkan kepada polis.

Lelaki tersebut juga bertindak membakar sesuatu dari dalam bilik tersebut.Dia turut menjerit kepada orang lain supaya jangan cuba masuk campur.

Pihak pilis yang tiba di tempat kejadian bertindak mengepung kawasan tersebut.Polis cuba memujuk lelaki tersebut dan tindakan itu berjaya apabila lelaki tersebut keluar membawa anaknya dan di serahkan kepada ahli keluarganya setelah sesi memujuk berlansung selama 5 minit.

Kedua anaknya selamat tanpa sebarang kecederaan.

Siasatan polis mendapati lelaki tersebut kecewa kerana isterinya yang berada di Johor tidak pulang beraya bersama di Sabah.

Ujian saringan air kencing pula mendapati lelaki tersebut positif dadah.Kes di siasatan di bawah Seksyen 307 kanun keseksaan kerana cubaan membunuuh.


No comments