Tahniah!! Ayu Raudhah Selamat Menyambut Cahaya Mata Yang Comel..

Tahniah!! Ayu Raudhah Selamat Menyambut Cahaya Mata Yang Comel..


PELAKON Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya semalam.

Bayi perempuan comel itu telah dilahirkan pada jam 10.52 pagi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Berita gembira itu telah dikongsi oleh suami Ayu Raudhah sendiri yang merupakan seorang pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak melalui akaun Instagram (IG)nya semalam.

Menerusi kapsyen yang ditulis di lama instagramnya Zaquan Adha melahirkan rasa syukur setelah isterinya Ayu Raudhah dan anaknya berada dalam keadaan sihat walafiat.tu

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on
Semoga Ayu Raudhah dan Zaquan akan terus dilimpahi rahmat. Tahniah kami ucapkan..

No comments