Kena Penjara 70 Tahun Campak Anak Dari Jambatan.



Memang zalim !! Dimana letaknya nilai kemanusiaan sebagai insan yang bergelar bapa hingga sanggup memperlakukan anaknya sendiri begitu.

Bayi comel berusia hanya 7 bulan di campakkan oleh bapanya sendiri dari atas jambatan berketinggian 90 kaki.

Kejadian sadis itu di lakukan oleh Tony Moreno, 23 tahun di Jambatan Sungai Connecticut.

Semasa di tangkap dia mengaku mencampakkan anaknya.

Namun semasa perbicaraan, dia menyatakan yang anaknya terjatuh.

Namun dari siasatan polis, setengah jam sebelum kejadian, beliau ada menghantar mesej kepada ibu bayinya yang menyatakan :

"nikmatilah hidup tanpa kami. Dia dah mati.Tak lama lagi aku pula ".

Di fahamkan, hubungan antara Tony dan ibu bayinya tegang sejak beberapa bulan lalu hingga membawa kepada kematian.

Sebagai balasan di atas perbuatannya,Tony di jauhkan hukuman penjara selama 70 tahun. Merengkuklah dalam penjara.

No comments