Doa Saharul Ridzwan Buat Anaknya Di Hari Tahnik Yang Memang Terbaik !



Semalam genap sudah tujuh hari usia anak sulung pasangan Saharul Ridzwan dan Deena Emir. Dan seeloknya dalam masa 7 hari bayi yang baru di lahirkan di tahnikkan.

Oleh yang demikian , semalam majlis tahnik untuk anak Saharul telah di jalankan di ketuai oleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.



Saharul masih belum bersedia berkongsi wajah anaknya. Namun bila menjengah ke laman IG nya, dia ada memuatnaik doa buat anaknya. Memang terbaik !


Membesarlah dengan sihat & bijak anakku. Sayanglah Allah. Sayanglah RasulNya. Sayanglah agamaNya. Sayanglah ibubapamu. InShaaAllah syurga buat kita. 
#YaHabibiYaMuhammad
#MuhammadLuthAli
#SRDEjunior

Dan sempena tujuh hari usia anaknya, Saharul turut menamakan anaknya dengan nama Muhammad Luth Ali Bin Saharul Ridzwan.

Ramai yang mengucapkan tahniah serta memuji Saharul menamakan anak dengan nama yang sedap di sebut dan di dengar.

No comments