Anak TPM, Zahid Hamidi Nikah Di Makkah.



Tahniah kepada anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah yang telah selamat bernikah di Makkah.





Perkara itu di kongsikan oleh beliau melalui laman Instagramnya semalam kira-kira jam 5.30 petang.


A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on
Majlis pernikahan itu turut di laporkan oleh MalaysianDigest yang mana suami kepada Nurulhidayah merupakan seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk berumur 47 tahun.



Datuk Saiful Nizam Mohd Yusof di nikahkan dengan Nurulhidayah di satu majlis tertutup di Masjid al-Haram kira-kira jam 10.00 pagi waktu tempatan.

Saiful Nizam merupakan Pengarah Urusan Menara Rezeki Sdn.Bhd.Beberapa kali berjumpa dengan Nurulhidayah atas urusan perniagaan membuatkan hatinya tertarik untuk menjaga wanita ini.

"Saya bertemu dengannya melalui beberapa mesyuarat berkaitan perniagaan. Sepanjang tempoh itu, beliau banyak bertanyakan nasihat mengenai bisnes.
"Saya menyedari bahawa saya mahu menjaga wanita ini dan anak-anaknya, jadi saya bertanya kepadanya mengenai perkara tersebut,”

No comments