Yaihara Buat Perangai Semenjak Ada Yusof?
Pelakon Lisa Surihani berkongsikan pengalamannya dengan adanya anak kedua, Yusof Leonne.
Anak pertamanya , Yaihara Leana, menurut Lisa masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan kehadiran adiknya , Yusof.
Yang sangat menampakkan perbezaan pada diri Yaihara adalah dia kerap menangis apabila melihat Lisa menyusukan adiknya.
Perwatakannya menjadi lebih manja dan sangat berbeza sebelumnya.
Bagi Yusry pula, menguruskan Yusof menjadi lebih mudah kerana ini merupakan anak kedua. Jadi pengalaman menguruskan Yaihara amat membantu.
Lisa pula memberitahu proses berpantangnya kali ini lebih mudah kerana semuanya telah dilalui sebelum ini.
Post a Comment