Luahan Sayu Izara Berikutan Video Seksinya Tular !
Mesti ramai yang perasan tentang penuaran video Seksi Izara Aisyah yang menjolok mata !
Memang tidak di nafikan pemakaian Izara agak keterlaluan bagi seorang melayu apatahlagi agama islam.
Berikutan itu, beliau telah memohon ampun sekali lagi dan sebenarnya video itu video lama, di awal kemunculannya.
Saya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf. Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi. Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua. Ever since then(maaf), saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi. Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul. Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya. Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua. Ini antara saya dan kamu. InshaAllah, satu hari anda akan memaafkan saya. Saya doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih ya. Ikhlas dari hati saya. Assalamualaikum.
Apaun, berilah peluang kepadanya. Hidayah itu milik Allah..
Post a Comment