Krisis Upin Ipin Dengan Ujang - Les Copaque Nafi Suruh Pecat Ujang.
Berikutan pendedahan kartunis Ujang di mana beliau mendakwa telah dipecat 24 jam, pengasas animasi Upin & Ipin, menyangkal mengeluarkan arahan pemecatan tersebut.
Menurut pemilik dan pengarah Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi pihaknya tiada kaitan dengan perkara itu.
Perkara itu menurutnya di antara Syarikat Nyala Sdn Bhd dengan Ujang sendiri. Pemilik Nyla,Tunku Maziah ada meminta pandangan mengenai penurunan penjualan komik Upin Ipin.
Les Copaque telah melantik Nyla Sdn Bhd sebagai syarikat yang mencetak bahan-bahan bercetak menggunakan animasi Upin Ipin.
Les Capaque juga pada dasarnya tidak bersetuju dengan pemecatan 24 jam seseorang pekerja.
Les Copaque juga tidak mahu memanjangkan perkara ini memandangkan Ujang telah menviralkannya di media sosial.
Post a Comment